SEBELUM BERANGKAT

 

15 November 2007 (KHAMIS)

 

Lepas Maghrib berlepas ke Kelana Jaya dari SS14 yang jaraknya 5 km. Sampai di Kelana Jaya, melepak je dibawah khemah yang T.Haji sediakan. 30 minit pas tu, pegi ke kaunter pendaftaran kehadiran untuk dapatkan nombor bilik hotel dgn cenderamata dari T.Haji dan Penaja Telekom Malaysia. Bagus jugak dapat “beg” untuk letak selipar bila nak masuk masjid di mekah nanti. Lagi dapat makanan2 ringan serta beberapa jenis ubat2an yg ada kemungkinan banyak jemaah akan hidap. Tikar bujang pun dapat jugak.

 

Pukul 10:30 mlm mula Q untuk check-in. Bsalam2 la dgn keluarga yang mengantar. Masuk je dalam bangunan tempat check-in tu terus dah tak nampak ahli2 keluarga yg mengantar. Sebiji macam check-in kat airport. Beg besar letak kat tempat check-in untuk timbang pastu terus hilang dari pandangan mata. Yg dibawa cuma beg yg gantung ditengkuk dengan beg galas yg diheret. Pas ambik nombor sit dalam pesawat terus naik ketingkat 1 bangunan tu untuk dgr taklimat. Sambil tu dalam dewan tu ada kaunter T.Haji dgn Bank Islam. Kebetulan memang hari sebelum ni langsung takde kesempatan nak ke money changer untuk tukar ke Rial. Duit yang orang bagi masa salam2 ada la 1ribu lebih, so yang 1ribu tu tukar kat bank islam ke Saudi Rial. Dapat la 1,100 rial lebih... ok la kot..untuk belanja kat sana nanti, yang lebih lagi RM700 tu masuk ke dalam akaun T.Haji.

 

Pukul 12 tgh malam mula naik bas untuk ke KLIA. Mak ai.... escort segala... rasa macam raja la pulak.. Pulak tu sampai je kat KLIA bas (11 biji semuanya) tu terus masuk airport tempat kapalterbang parking tu... phuh ! rasa eksekutif giler..... Tapi turun dari bas tak la terus naik kapalterbang tu... kena gak naik tempat mnunggu.

 

 

 

16 November 2007 (JUMAAT)

Hari Pertama

 

Pukul 2 pagi mula la naik pesawat... Nombor tempat duduk kena ikut mcm yg dia bagi masa check-in tadi. (Dulu2 kata org kita boleh dok mana suka utk pnerbangan ke mekah ni.. kelentong !). Aku dengan Izzati (bini akula) kerusi kat tgh2 perut pesawat. Tapi mujur dapat dok kerusi depan sekali kat tengah perut pun... jadi selesa la aku, depan takada kerusi penumpang... mudahla nak lunjurkan kaki aku yang panjang ni..

 

9 jam dalam pesawat tak rasa la boring sangat sbb tengah excited nak pegi tempat yang bukan calang tempat ni.. Tempat yg akan mnampakkan apa2 amalan kita sebelum ni. Tah la... rasa byk sgt dosa... Arap2 tobat aku sebelum aku berangkat ari tu Allah dah terima...

 

Pesawat Saudi Airlines ni kiranya boleh dikatakan sangat terok.... tak la mcm pesawat2 lain yg pernah aku naik untuk keluar negara. Tak ada video, takada personal monitor, tak ada personal radio, tak ada info tentang speed, high, current ground time, arah kiblat, peta lokasi kedudukan semasa, suhu luar, suhu destinasi, jam di destinasi, jam di malaysia dan macam2 lagi la yang tak adanya..... TEROK !...... mujur la sbb nak gi mekah... kalo tak aku mesti nak pertikai tentang satu perkara - sbb tak ada ”video game”........(hehehehe)

 

Sekali sekala terpaksa la tengok keluar tingkap untuk nak tau waktu SUBUH masuk dah ke belum. Lagi 1 jam nak landing tengok kat luar tingkap nampak la warna merah sikit2 kat kaki langit... ok subuh la tu... Cari ruang tempat yang agak2 boleh solat mcm biasa, terus solat.. Ramai gak yang solat duduk je... (tapi lebih ramai lagi yang TAK solat...ish ! tak baik tau... ngumpat tu..)

 

DI MADINAH

 

Alhamdulillah..... Pukul 6:30 pagi sampai la ke Madinah AlMunawarah.... Airport dia biasa2 je.. tak la sehebat KLIA.. nak cop paspot kira ambik masa gak.... pas chop pasport ingatkan kena pegi ambik beg... eh! Tak payah... beg kata diaorang akan terus di antar ke dalam bilik di hotel nanti. Paspot kena pulak serah pada imigresen untuk diaorg simpan... ish! Pelek2 la sistem kat sini... ikut je la..

 

Keluar pada airport, bas dah tunggu, sama mcm kat Malaysia, 11 biji semuanya..( tapi kali ni tak ada escort – raja dah kena turun pangkat ) Naik bas lebih kurang 25 minit je sampai la kat hotel..(Hotel Al-Haram).. Dari dalam bas dah nampak dah Masjid Nabawi... tak sabar dah rasa nak jejak kaki kat masjid tu.. dekat sangat dengan hotel..

 

Turun bas terus naik ke bilik ikut nombor yang T.Haji bagi masa kat Kelana Jaya semalam. Pas letak beg galas ambik kunci (kad elektronik) bilik, pastu turun bawah nak jalan2 dgn Izzati sekitar hotel. Jumpa kedai untuk orang buat IDD call.. beli SIM card HP kat situ... beli dua, aku 1, Izzati 1, harga 1, 85 rial. 2, 160 rial. (RM150). Tapikan dalam kad tu ada kredit 125 rial. Terus kol abah ceritakan hal...

 

Pukul 10 pagi minum pagi percuma kat hotel. Pastu siap2 untuk nak pegi semayang Jumaat. Pegi sorang2. Cari pintu yang agak dekat2 dengan saf depan, masuk ikut situ.... Ish... blur la pulak... tak tau kat mana la agak erk makam Rasulullah ke, Raudah (tempat asal tapak masjid nabi yang fadhilatnya berdoa dlm tu SANGAT makbul) ke, BabuSallam ke... tah lah... main jalan je teresot2 sebab org dh penuh kawasan pintu yang aku masuk tu... Selit punya selit... last2 aku x dpt gak nak nuju kedepan sebab masjid dh terlampau pack sgt.. so kena la dok saf2 belakang... Pas je abis solat jumaat, dgr la tok imam tu umum tah apa benda... dlm basa arab la.... aku teka dia umum nak buat solat hajat la kot (mcm kat malaysia tu). Aleh2 ..... ish..... Solat jenazah rupanya..... Pas solat balik hotel utk mkn thari.. pas tu rehat kat dlm bilik sambil bkenal2an dengan kawan2 sebilik.. Maan (Org Segamat), Wak Derih (Gemas), Suhati (JB), Weil (Pahang).

 

Asar masuk 3:15, kul 2:15 dah siap gi masjid. Sambil bjalan nak mnuju kemasjid beborak la dgn sorang mamat tu yg dh biasa wat umrah dulu2. So dia pun cerita la raudah kat mana, makam kat mana. (Rupanya aku jumaat tadi lalu tepi dinding makam pastu mlintas kawasan raudah ! Ish ! patut la pack sgt kawasan tu). Sebelum nak masuk dalam bangunan masjid aku bertekad nak dok dalam kawasan Raudah..... alhamdulillah, Allah bagi aku tempat duduk dalam kawasan Raudah tu...(Bukan senang nak dapat dok dalam kawasan ni, betul2 nasib je ni.. aku pun rasa mcm pelek gak) Bila teringat susahnya nak dapat dok tempat aku dok ni dgn ngenangkan pulak mcm dgn tetiba je Allah bagi ruang ni seolah2 mmg spare ruang ni utk aku... aku jadi sebak lak...tetiba lak ngalir airmata aku yg sebelum ni tak pernah langsung ngalir sebab aku sedar sangat aku ni memang la macam2 dosa penah buat, amalan lak kurang sgt2... tapi Allah masih nak kesian kat aku untuk nak bagi aku ruang solat dalam tempat yang aku tengah duduk sekang ni.. mujurla aku kira bukan jenis mudah mnangis, kalo korang la... tak tau la aku... mau pengsannya....

 

Lepas abis solat Asar tau dah tok imam umum solat jenazah.... hehehehehe..

 

Abis je solat aku terus kedepan, terus ke laluan ke arah makam Rasulullah. Dalam berhimpit2 tu lagi la bertambah peleknya aku boleh dok terdepan sekali dan hampirla sangat aku dengan makam Rasulullah... Dapat tengok makam tu sejelas2 nya... Bayangla mcmana perasaan aku. Dah la tadi dapat semayang dalam kawasan Raudah yang kalau ikut markah amalan aku... tah la.... pastu Allah izin pulak aku ziarah makam Rasulullah kebetulan lak yang terdepan sekali.... aku gerenti kalo korang la kat tempat aku dengan markah amalan mcm aku gak la kan... sure la punya meleleh2 air mata dengan air idung korang tu.... korang jgn cakap la....

 

Keluar pada makam tu aku terus kol abah aku.... ingat nak citerla pada dia sambil joke2 sikit... tak jadi nak joke sebab nak citer pun mcm nk tak terkeluar suara....

 

Balik hotel terpaksa ikut jalan pusing separuh bangunan masjid nabawi ni... Jangan main2..... masjid ni ukur keliling dia 3 km tau..

 

Maghrib masuk 5:30, agaknya lewat kot aku sampai. Org penuh dah.. tak cuba lak nak masuk kawasan raudah sebab nampak memang realnya penuh orang dalam kawasan tu.. tapi pas je abis solat maghrib, aku slo2 mnuju ke kawasan Raudah tu.. eh...eh.... esot sikit2 dapat gak aku jijak lagi kawasan Raudah tu.... Mcm ni gaya nya memang aku kena btobat sungguh2 la, malunya aku pada Allah dengan kejadian2 ni.. Dah lah tu Allah bagi lagi aku ziarah Rasulullah mcm tadi jugak pas abis semayang isya.

 

 

17 November 2007 (SABTU)

Hari ke 2

 

 

4 pagi lagi dah pegi masjid sebab time ni dgr nya masih ada harapan lagi kalo nk dok kawasan Raudah tu.. betul pun... Abis je Subuh terus balik ke hotel.

 

Lepas sarapan jalan2 dgn Izzati jauh sikit daripada kawasan hotel... tapi tak beli apa2 pun..

 

10:30 pagi dah bjalan ke masjid untuk zohor (12:15). Mnyelit2 dpt la lagi semayang dalam kawasan Raudah... Pas semayang terus ziarah makam Rasulullah..

 

Nak Asar ajak geng2 sebilik pergi sekali. Kali ni kita org masuk ikut BabuSallam.. so dok saf depan la kali ni. Nampak la imam masuk ikut pintu mana. Bila nak solat jenazah imam pindah mehrab tempat jenazah diletak.

 

Petang kua jalan ramai2 dgn geng sebilik aku husband n wife bergambar sekitar masjid.

 

Maghrib pergi awal dapat lagi dok di Raudah stay sampai la ke Isya..

 

 

18 November 2007 (AHAD)

Hari ke 3

 

 

Pukul 3:30 subuh saja kol geng opis JMG Kelantan, Junor dgn Shari.

 

4 pagi gi masjid. Alhamdulillah masih dpt dok dalam kawasan Raudah.. dan kali ni betul2 btentang dgn mehrab nabi (tempat nabi berdiri mengimamkan solat). Sempit pun aku tak kesah. Pas solat pegi sehampir boleh ke mehrab tu. Dapat la jarak 2 meter lagi nak sampai mehrab.

 

Pas berdoa, pergi lak ziarah makam.

 

Zohor hari ni bawak Weil (umur 74 tahun) dgn bini dia jalan sama ke masjid. Balik pada masjid, jalan2 sekitar masjid. Sempat beli spek untuk Izzati........ hahahahahahaha spek harga 8 rial !.

 

Asar hari ni memang nak jadi rezeki kot... pergi punya la lewat.. orang memang ramai dah.. tapi boleh lagi masuk pintu arah ke Raudah yang belum tutup lagi satu. Dapat la semayang dlm kawasan Raudah. Pas semayang, himpit2 pelan2 jalan ke mehrab untuk berdoa..

 

Maghrib dengan Isya dok saf belakan kali ni.... lewat...

 

 

19 November 2007 (ISNIN)

Hari ke 4

 

Bangun Awal kul 2:30 pagi lagi. Kul 3 pagi saja kol Fadhel 1 opis di Pahang. Sambil tu bjalan kemasjid. Solat Subuh betul ngadap mehrab tapi jauh la jugak.

 

Pukul 7 pagi ikut rombongan KT16 mlawat sekitar Masjid Nabawi.

 

Pukul 9 pagi masuk i’tikaf dalam masjid, duduk la dalam kawasan Raudah.. Tah mcmana tergerak nak cuba berdiri sehampir boleh dengan mehrab Nabi kot2 la dapat peluang solat dalam tu ke.. Tak sangka2 memang tiba2 je termasuk dalam barisan belakang orang yg tengah solat dalam mehrab tu. Belum orang depan aku abis semayang, aku dah plan pasni aku nak solat hajat dan mintak hajat beberapa perkara... Dah hafal dah dalam kepala. Pas abis je orang depan tu selesai solat, jadi la giliran aku untuk solat.. Alamak ! betul2 dalam mehrab nabi aku semayang. Aku berdiri tempat Nabi pernah berdiri untuk jadi imam para sahabat. Tiba2 je aku jadi sebak sbb malu pada Allah, aku sedar yang aku ingat Allah jarang2 tapi Allah masih bagi aku macam2 peluang yang aku rasa dgn kemampuan aku sendiri tu kira sangat mustahil la jugak utk aku dapat perkara2 tu. Bayangkan la Allah pernah bagi peluang Rasulullah berdiri kat mehrab tu pastu peluang yang sama Allah bagi kat aku.... Aku x kesah situasi nya memang tak sama, tapi aku tetap dapat rasa keajaiban berdiri dalam mehrab ni. Aku langsung lupa hajat2 yang aku dah hafal tadi sebab memang sapa pun macam aku gak kalo dapat solat dalam ni... silap2 lagi teruk korang menggigil.... Balik hotel kepenatan..... Ingat nak kol abah citer hal tadi... tak jadi sebab rasa kalo citer mesti suara tak boleh nak keluarnya, so anta SMS je ke Nora (kakak aku kat KL) suroh dia je citer kat abah.

 

Zohor pegi lewat sebab tak taula rasa penat sangat. Semayang pun jauh kebelakang, dengan imam kira adala setengah km. (Jarak imam dengan saf paling belakang dalam masjid 700m)

 

Orang semakin ramai sekarang ni... Semayang Asar pun jauh ke belakang gak. Kat luar masjid pun nampak melimpah ruah manusia.

 

Petang jalan2 kononnya nak mhilangkan penat.

 

Ramai nya manusia sekarang ni.. Maghrib dgn Isya dok saf belakang..

 

 

20 November 2007 (SELASA)

Hari ke 5

 

 

 Lepas Subuh semua jemaah satu ’KT’ dgn aku bersiap utk pergi ziarah luar. Percuma, tak payah bayar. Kitaorg lawat Masjid Quba’ (Masjid pertama di Madinah), Bukit Uhud, Masjid Tujuh (Tak singgah, lalu je) Masjid Qiblatain dan last sekali lawat Ladang Kurma. Balik hotel sebelum masuk waktu Zohor.

 

Ari ni Zohor dok di saf belakang. Orang semakin ramai. Balik hotel awal. Lepas je makan terus landing, real penat ari ni.

 

Asar pergi masjid awal sikit. Dapat dok dlm Raudah bertentang dgn mehrab nabi. Korang kan jangan lak ingat nak dapat masuk kawasan raudah ni mudah sangat, walaupun aku boleh kata hari2 boleh dok dalam raudah ni. Nak dapat dok dalam raudah ni sebenar betul2 bernasib baik je, Tak caya tanyala sapa2 yg pernah dtg Masjid Nabawi ni. Aku pun kebetulan je Allah nak bagi ‘nasib baik’ tu. Lepas Asar tak balik hotel. Jalan2 dgn Izzati sampai petang terus pergi masjid untuk maghrib dgn Isya.

 

 

21 November 2007 (RABU)

Hari ke 6

 

 

Subuh hari ni bawak Weil untuk bagi dia merasa semayang dalam kawasan Raudah. Orang realnya ramai subuh hari ni. Aku lepas kan Weil bila dah agak2 dah dekat sangat dengan Raudah tu. Bagi peluang pada dia. Aku dok luar kawasan Raudah, tapi belah2 depan la jugak.

 

Lepas Subuh, berhimpit2 ziarah makam Rasulullah.. Weil tah kemana. Rupanya dia kena dukung dek Pak Arab sebab dah lemas kena himpit.

 

Zohor dok saf belakang.

 

Asar tak balik hotel. Jalan2 dgn Izzati sampai petang terus pergi masjid untuk maghrib dgn Isya.

 

Lepas je Isya terus landing. Izzati dengan geng bilik dia pergi buat “Ziarah Wida’”

 

 

22 November 2007 (KHAMIS)

Hari ke 7

 

 

Lepas Subuh singgah restoran untuk beli kebab.

Lepas je semayang Zohor, punyala nak terkencingnya…laju2 jalan ke saf belakang. Sebelum sempat nak keluar masjid. Orang dah nak start solat jenazah. Buat solat jenazah kejap. Pas tu tak tunggu lagi untuk sunat ba’diyah, memang dah nak terkencing sangat dah ni. Alhamdulillah. Sempat gak sampai tandas (jauh kat luar masjid).

 

Izzati tak boleh pergi semayang Asar hari ni sebab period. Aku pulak pas je Asar, punyala nak terkencingnya mcm masa zohor tadi. Apa kes ni !? Oooo sebab minum ‘Habatul Sauda’ kot…tah la.

 

Lepas Maghrib, cepat2 balik ke hotel. Nak terberak la pulak. Macam2 la ari ni.. Pas tu pergi masjid balik. Sebelum Isya wat semayang hajat mintak Allah tangguh period Izzati sampai sudah semua tugas2 dia selesai di sini dengan kat Mekah nanti.

 

Lepas Isya balik hotel makan malam, pastu cari ustaz T.Haji sebab ada kemusykilan sikit tentang ibadah2 sunat di masjid nabi. Selama kat masjid nabi ni, tiap2 kali lepas subuh dengan asar mesti ramai nya orang buat semayang sunat. Orang Malaysia pun, Indonesia pun, negara2 lain pun. Nak tau jugak sunat apa. Cheh ! mana ada sunat apa2 lepas semayang subuh dengan asar. Diaorg tu memandai2 je.. Ish! Mujur aku tak pernah sekali pun joint.

 

Pukul 9:30 tidur, pastu pukul 12:00 mlm bangun, ingat nak gi masjid buat ”Ziarah Wida’”. Pegi2 luar, punya la sejuk nya..kensel. tak jadi pergi.

 

 

23 November 2007 (JUMAAT)

Hari ke 8

 

 

Subuh pergi mcm biasa.pukul 3:50 pagi. Alhamdulillah. Allah makbul doa aku untuk tangguhkan period Izzati. Dia boleh pegi semayang subuh hari ni.

 

Pukul 9:30 pagi dengar taklimat T.Haji kat dewan. Punya la lama taklimat tu, sampai dekat nak Zohor dah.. Lewat la pergi Zohor hari ni.. dok saf belakang je la.

 

Lepas Zohor, cepat2 balik ke hotel. Nak terberak. Elok2 sempat sampai hotel je, selamat….. Kat bilik, setiap orang dah dapat sticker nama hotel dengan nombor bilik tempat yang bakal kitaorg duduk di Mekah nanti.

 

 

Lepas je makan t/hari terus gi masjid balik ready untuk Asar. Pas Asar tak balik hotel, terus je pergi solat Maghrib dgn Isya.

 

Balik bilik, kemas2 beg sebab esok dah nak berangkat ke Mekah. Besok berangkat kena pakai pakaian ‘ihram’. Bestnya ..... tak sabar dah nak pertama kali pakai ‘ihram’ ni..

 

Lepas kemas2 beg, pukul 9:30 mlm. Keluar sorang2 nak buat ‘Ziarah Wida’. Iktikaf dulu dalam masjid. Kebetulan dok sebelah orang Ipoh. Aku ajar dia mcmana nak dapat semayang dlm mehrab nabi. Dia ikut je aku dari belakang. Alhamdulillah. Aku dapat sekali lagi semayang hajat dalam mehrab nabi, dia pun dapat jugak. Lepas tu aku buat ‘ziarah wida’ bermula dengan ziarah makam Rasulullah.

 

 

24 November 2007 (SABTU)

Hari ke 9

 

 

Lepas je semayang Subuh hari ni genap la jumlah solat sebanyak 40 waktu dalam Masjid Nabawi. Balik dari solat terus counter check beg.

 

Pukul 11:30 mandi sunat ihram, pastu pakaila pakaian ihram.. excitednya la pertama kali pakai pakaian ihram ni utk buat ibadah sebenar. Pastu solat zohor di hotel je. Lepas semayang Zohor buat solat sunat ihram pulak.

 

Pukul 1:00 ptg semua orang dah stanby dok dalam bas, tapi bas tak bergerak2 la lagi.. Check paspot la, permit bas la, lesen pebenda la lagi, mcm2 la. Dua-tiga kali jugak la aku keluar pergi tandas, kencing.

 

Pukul 3:20 baru la bas nak bergerak (Masa tu, azan asar baru je abis). Pulak tu driver dia mintak tips. Ada la dua-tiga orang taknak bagi. Aku bayar jugak la (3rial sorang). Pukul 4 ptg sampai kat masjid ”Bil Ali”. Kat sini la tempat org2 dari Madinah berniat umrah. Kitaorg semayang Asar dulu. Pastu masing2 berniat umrah. Pukul 4:30 mula bergerak ke mekah. Sepanjang jalan dalam bas kitaorg ramai2 bertarbiah. ”Labaikallahu malabbaek”. Sekali-sekala, terasa sayu, terasa teharu, terasa mcm mimpi pun ada, terasa tah mcm2 la lagi... korang nak tau terasa apa lagi.. korang pegi la nanti, korang tau la..

 

Pukul 6ptg lebih sampai la tah apa nama tempat. Sejuk ! Masing2 berebut tandas. Ada gak jemaah lelaki dari negara lain yang lalai, sebab sejuk sangat agaknya, dia tutup kepala dengan kain ihram. Mujur jenis dengar kata mamak tua tu.. Aku bagitau dia ’haram’ tutup kepala.. terus dia tak tutup dah lagi..

Kitaorg solat maghrib dgn jama’ isya kat sini. Pas tu makan nasi restoran kotor kat tempat ni.

Bas tak bergerak lagi nak terus kan perjalanan ke Mekah sebab ada la beberapa kerat makhlok manusia yang nak tunggu masuk waktu Isya baru nak semayang Isya (Isya 7:05mlm). Korang esok2. belajarla semayang jama’/qosar ni. Guna untuk tak mnyusahkan korang dengan orang lain jugak bila travel kemana2. Bas bergerak bila semua orang dah naik.

 

 

DI MEKAH

 

 

Sampai je sempadan mekah (Tana’im) pukul 10:15 mlm. Kitaorg pun ramai2 la baca doa masuk kota mekah sambil bas terus je begerak menuju ke hotel tempat kitaorg akan nginap.

 

Pukul 11:00 mlm sampai la kitaorg ke hotel kitaorg nama Al-Ghazzah. Sebelah hotel ni ada la mesjid nama ’Masjid Kucing’(Masjid ni asalnya rumah Abu Hurairah, sahabat nabi). Aku tercangak2 manjangkan tengkok. Tak nampak pun Masjid Haram. Turun dari bas, terus naik kebilik tunggu beg diaorg akan bawak naik kebilik kejap nanti. Rasa buang masa je nunggu mcm ni. Aku pun ajak Izzati pergi berjalan2 kat luar hotel dgn harapan kot la boleh terjumpa Masjid Haram, boleh la masuk dalam tengok, kot la orang tak ramai boleh la terus buat tawaf.

Jalan main agak2 je. Ish! Lepas dua bangunan hotel tinggi depan hotel aku tu aleh2 ternampak la aku perkarangan Masjid Haram. Dekat sangat !. Aku dgn Izzati pun follow la ada empat lima org jemaah lain yang nak nuju ke dalam Masjid Haram. Masuk2 je Masjid Haram. AMBIK! Punyala gedabak besarnya kaabah aku tengok. Aku pun baca la doa nengok kaabah. Kebetulan la pulak orang tak ramai tawaf. Apalagi, aku pun baca la doa nuju ke garisan Hajar Aswad. Sampai situ, aku pun berniat tawaf umrah dan punya la mudah tawaf masa ni. 15 minit je selesai tawaf. Nak semayang dalam Hijr Ismail pun mudah sangat2, nak semayang belakang makam Ibrahim pun tak ada gangguan langsung. Tapi aku tengok kalo nak kucup hajar aswad kira mencabar jugak. Lepas tegok air zam-zam, aku terus ke Bukit Safa (dekat je). Dari situ mula la Sae. Abis sae, aku dgn Izzati ke Kaabah semula sebab dari tadi menaruh harapan nak jugak2 kucup hajar aswad. Mula-mula kami kedinding kaabah. Ambik sunat melekapkan dada kedinding kaabah. Pastu slo2 berhimpit2 nuju ke hajar aswad. Aku tak tau nak cerita mcmana mencabarnya nak dapat kucup hajar aswad ni. Tapi kesudahannya aku dpt jugak mnyentuhkan hidung (dan lidah!!! .....hahahahaha....) aku kehajar aswad. Nak tau ke cerita kenapa ada sangkut paut dgn lidah pulak. Mcm ni.. masa muka aku dah masuk dalam lubang hajar aswad tu. Hidung aku tak dapat2 nak sentuh hajar aswad, padahal lagi 1cm je lagi jarak hidung aku dgn batu tu. Aku cuba jugak push sedaya tenaga.. tak boleh jugak. Tah mcmana dlm ati aku ngeluh.. batu ni kalo kena idung aku memang siap aku jilat sekali ni kang..TUP! terus hidung aku tersentuh batu tu... sebabkan dah mcm kira terniat gitu... kena la aku jilat batu tu....hehehehehehe....sssshhhhhh.... jgn cerita kat sapa2....

 

Dah selesai buat semua tu, kitaorg pun jalan keluar masjid. Sampai kat luar masjid, masa tu pukul 2:30 pagi. (kat Malaysia pukul 7:30 pagi) Aku pun kol mak nak cerita la apa yg aku buat, apa yg aku dpt... tapi... baru sekerat jalan cerita, suara aku dah mula tak boleh nak keluar sebab dengar mak mnangis kuat sangat. Aku pun putuskan talian. Izzati pulak yang kol mak, sambung cerita aku tadi.

 

Dalam perjalanan nak balik hotel, singgah House of Donut, beli donat satu. Mak ai…. Donat satu harga 4 rial !! Sampai je bilik hotel, tengok beg dah pakaian dah ada dalam bilik Terus bukak pakaian ihram, tukar pakai kain pelekat pulak dengan tshirt.

 

 

25 November 2007 (AHAD)

Hari ke 10

 

 

Ramai jemaah semayang subuh di hotel je sebab tak berani lagi nak keluar hotel dan T.Haji pun dah pesan jgn pergi mana2 lagi sebelum diaorg bawak pergi satu2  tempat tu.

Lepas semayang subuh aku pun keluar dari bilik. Ramai la jemaah haji lain yg tekejut berok tengok aku dah tak pakai pakaian ihram lagi. Dia ingat aku tersilap. Ada yg kata “abisla kena dam budak ni”. Tapi bila aku bgtau yg aku malam tadi lagi dah pegi masjid Haram buat tawaf dgn sae, baru la mcm nk ternganga.... Diaorg pelek sebab aku sebelum ni tak pernah sampai lagi ke mekah pun. Mcmana pulak tau kat mana Masjid Haram tu.. Aku tak pulak cerita kat diaorg yg aku dulu belajar ambik coarse Land Survey, sekali tengok je map, automatik tau lokasi tempat... hehehehehe.. ssshhhhhhhh......tak baik takbur tau... taknak la aku cerita.... nanti dia cop aku belagak pulak... Aku bgtau diaorg, aku tak sengaja terjumpa Masjid Haram, tu je..

Pas makan pagi kat restoran belakang hotel (Roti bom kari kambing -7rial) aku dengan Izzati pergi pejabat T.Haji nak bayar dam haji Tamatuk. Sorang kena dam 300rial, so dua org 600rial la (RM560). Sambil tu Izzati keluar duit 500rial.

 

Pukul 8:30 jemaah lain semua berkumpul kat luar hotel. T.Haji nak bawak diaorg pergi tawaf dengan sae. Tinggal la aku dengan Izzati berdua di bilik hotel... bagus jugak..

 

Zohor dgn Asar masih tak ada daya nak ke Masjid Haram sebab mengantuk semalam tak tidor satu hari. So aku semayang kat Masjid Kucing je.

 

Maghrib, ini la kali pertama aku semayang fardu kat Masjid Haram, berimamkan Imam Masjid Haram. Duduk pulak betul2 depan Kaabah mengadap pintu Kaabah. Aku kat situ sampai la waktu Isya.

 

Pas makan mlm, ada pulak ceramah tak menarik disampaikan dek ustazah yang dibawak T.Haji. Dua org penceramah, dua2 pompuan, dua2 membosankan. Huuuaaaarrrrrggggghhh ! ! ! ! zzzzzzzz.......

 

Habis je ceramah, tetiba je ada sorang awek tegur siap tau pulak tu nama aku… La… !!! Dia tu satu opis dgn aku masa kat KL dulu (Fauziah - Labrarian). Dia cerita ada sorang lagi office mate aku yg buat haji jugak nama Sazali (satu section dgn aku) buat taon ni.. tapi tak sampai lagi, sebab kena KT yang hujung2.

 

 

26 November 2007 (ISNIN)

Hari ke 11

 

 

Pukul 3 pagi dah pegi ke Masjid Haram, buat tawaf sunat dengan Izzati. Kak Umi (1 bilik dgn Izzati) pun ngikut sama. Abis tawaf, senang je dpt semayang sunat bakang makam Ibrahim.

 

Balik hotel pegi mkn dulu roti arab dengan sandwish.

Pukul 8:30 pagi, daftar nama untuk ziarah luar. Kena bayar 25rial sorang. Dua org 50rial la.

 

Tengah melepak dlm bilik nampak cleaner nama ”Brahem”. Panggil dia mintak cuci kain ihram. Upah cuci 6rial.

 

Zohor pergi masjid awal pukul 10pagi terus buat tawaf sunat sorang2. Cahaya matahari panas terik la jugak, so aku pun buat selendang kain serban aku tu, jadi nya tak rasa la panas sebab muka tak kena cahaya matahari. Tengah2 tawaf, tetiba terasa ada org tumpang letak tangan atas bahu aku. Aku biar je.. kot la ada org2 tua yg memang dah letih ke, tak larat ke, penat ke.... biar je la.. Lama la jugak dia tumpang tangan dia tu... Tah mcmana aku toleh la ke kanan aku sambil bahu aku jaga supaya tak beralih dari arah kaabah. Alamak ! Budak pompuan Turki rupa nya ! Dia pun terkejut campur malu la jugak kat aku, sebab dia sangka aku ni pompuan… hahahahahahahaaha…… Terus dia menghilang tah kemana2.

 

Maghrib kali ni nak merasa naik keatas tingkat 1 Masjid Haram. Dok kat atas ni sampai la ke Isya. Panas sikit kat atas ni... Rasa macam berbahang. Orang tak ramai semayang atas ni sebab panas kot.

 

 

27 November 2007 (SELASA)

Hari ke 12

 

 

Subuh hari ni semua jemaah KT16 T.Haji mintak semayang kat masjid Kucing je sebab taknak terlewat untuk pergi ziarah luar.

 

Pukul 7 pagi kitaorg pun mula bergerak menuju destinasi tempat2 yg nak di ziarah. Mula2 sekali pergi Jabal Thur (Tempat Nabi berlindung masa nak hijrah ke Madinah), pastu pergi Arafah tengok Jabal Rahmah (tempat Adam dgn Hawa bertemu). Pastu  lalu Mudzalifa, Mina. Pastu pergi pulak Jaranah (Meqat tempat berniat Ihram). Dari situ lalu ikut Jabal Nur (tempat Gua Hira’). Time nak balik lalu ikut Perkuburan Mala dgn Masjid Jin.

 

Sampai hotel zohor dah lama masuk. So masjid Kucing tu berkunci la.. Semayang jela dlm hotel.

 

Asar semayang dimasjid Haram dok mengadap Kaabah belah pintu.

 

Petang bawak Weil bayar dam haji Tammatuk dia.

 

Malam beli ayam tanduri separuh (6 rial) pastu beli jugak capati 1rial.

 

 

28 November 2007 (RABU)

Hari ke 13

 

 

Pas Subuh makan pagi dgn Weil dan Makcik. Asar semayang kat masjid Kucing. Maghrib sampai Isya dok di Masjid Haram.

 

Pas makan malam siap nak pergi Tanaim,(Weil dgn Makcik pun ikut jugak) hari ni nak mula buat umrah sunat. Dah siap2 turun bawah hotel, joint la dgn ada jemaah lain yg kebetulan jugak nak buat umrah pegi sekali ke Tanaim berniat ihram. Jarak tempat tu adala 6 km dari Masjid Haram. Tambang sorang 5rial pergi balik.

 

9 mlm dah sampai kat masjid Haram. Terus tawaf. Orang ramai jugak. Tapi tawaf tu kira ok la 25 minit siap 7 pusingan.

 

Sae nak merasa kat tingkat 1, saja nak merasa.

 

Abis semua, pergi la restoran Bakso SiAdoel. Makan Bihun dengan sop kosong. Punya la sikit giler harga 8rial semangkok (mangkok kecik giler – ’Mangkok’ punya tokeh restoran).

 

12:45 mlm tidur.....zzzzzzzzzzzzz....

 

 

29 November 2007 (KHAMIS)

Hari ke 14

 

 

Hari ni pergi Subuh masa orang tengah azan.. Apa lagi terpaksa la berbangga sembahyang diatas tempat orang Sa’e....

 

Makan pagi kari kambing...

 

Zohor pergi Masjid Haram sorang2. Izzati semayang di Masjid Kucing je.

 

Asar kali ni nak merasa naik keatas bumbung Masjid Haram. Sejuk je atas ni... Tengok orang tawaf dari atas nampak unik la... korang kalo datang sini nanti cubala tengok sekali... can.....tik!

 

Pas makan malam siap nak pergi Tanaim. Weil dgn Makcik ikut lagi. Hari ni tak lak sapa2 yg nak buat umrah. Lama la dok dalam van tunggu penumpang lain. Takada gak. Driver van taknak antar kalo sakat 4 org je..

 

Turun pd van, ada teksi panggil nak bawak pegi tanaim. Terus naik teksi. Daripada tanaim nak balik ke masjid haram, tayar teksi bocor. Tunggu tuka tayar dulu.

 

Sampai je kat masjid haram, driver teksi mintak 100 rial! GILA! Ngarut.... takkan 100 rial pulak.. dia ni saja nak semeleh aku ni... aku tak nak bayar.. aku mintak dia bg harga sebenar... dia nak 100 jugak.. mujur la aku nampak ada ramai polis kat luar teksi. Aku pun keluar nak bgtau polis2 tu. Baru tu driver tu menjerit kat aku mintak 50rial ! dah terlambat. Aku cerita hal kat polis tu.. Polis tu mintak aku 20 rial, aku pun bagi. Duit tu dia bagi pada driver teksi tu. Driver teksi tu bgtau polis mintak aku 40rial. Polis tu marah dia.. duit 20 rial yang aku bagi tadi polis tu bagi kat aku balik dan halau aku untuk terus masuk ke Masjid Haram, tak bagi aku bayar satu sen pun pada teksi tu... Tambang FREE aku hari tu.....

 

12 mlm selesai buat umrah semua.

 

 

30 November 2007 (JUMAAT)

Hari ke 15

 

 

Subuh punyala mengantuk nya... hari ni hari Jumaat, aku pun pasang telinga surah yang imam baca ni ayat sejadah ke bukan. A’a ayat sejadah. Time sujud sejadah, rupa2 nya ramai yang tak sujud ! termasuklah Izzati (kata dia).

 

Pukul 10 dah pergi masjid untuk semayang Jumaat. Orang semakin ramai dari mcm2 negara. Sampaikan ada negara yang aku tak pernah dengar pun ada. Pastukan, perangai pun mcm2 gak. Amalan pun mcm2 jugak.. Ada yang tengah semayang siap boleh baca SMS, pastu siap boleh balas SMS pulak.. Ada pulak tu yang dah duduk kat dengan kaabah boleh semayang tersenget sampai termengadap ketempat lain, pastu pulak ada pulak yang semayang sunat 6 rokaat 1 salam. Kalo cara sujud, cara takbir, cara tahiyat lagila mcm2 rupa.

 

Pas Asar sambil jalan2 sempat pulak beli kepiah, pastu beli pulak 1 jam tangan.

 

Pas makan mlm bersiap utk pergi ke Tanaim. Hari ni ramai jugak orang nak buat umrah dari hotel ni. Mudahlah kitaorg dapat van.

 

Sampai balik Masjid Haram pukul 9:45 mlm. Selesai buat umrah dalam pukul 11:30 mlm.

 

Lepas tu pergi cari makanan. Lapar la pulak.

 

 

1 Disember 2007 (SABTU)

Hari ke 16

 

 

Semayang Subuh melayang je rasa pagi ni... mengantuk sebab semalam tidur lewat kot. Waktu habis Zohor nak keluar nak cuba lalu satu laluan yang selalunya diaorang guna untuk laluan jenazah. Laluan tu menuju kebawah tanah. Pergi mana la agak erk laluan ni.. Masuk je la... aleh2.. ish ! tembus keluar Masjid Haram dekat dengan Pintu Al-Fatah. Korang yang belum pernah pergi, aku nak bagi tau pun susah.. Korang tak payah la tau Pintu Al-Fatah tu kat mana. Bagi yang pernah pergi tu... sebelah kiri BabuFatah, korang perasan tak ada laluan mcm berkandang (mcm laluan binatang2 nak masuk sarkas tu la). Laluan tu kebawah tanah... ar.....situ la... Yang tak pernah pergi..nganga je la baca bab ni..hehehehehe..

 

Masa Asar bawak la Izzati ikut laluan tadi tu.. Kalo nak ikut sekarang ni memang orang real nya ramai.. tapi kitaorg masih boleh semayang depan kaabah lagi sebab lalu ikut bawah tanah ni..

 

Mcm biasa malam pegi Tanaim berniat pastu balik Masjid Haram buat Umrah.

 

 

2 Disember 2007 (AHAD)

Hari ke 17

 

 

Subuh hari tengok org semakin bertambah lagi ramai... menyelit2 dpt gak semayang kat depan kaabah.

 

Zohor semayang kat tingkat 1.

 

Sebelum masuk nak semayang Asar sempat lagi jalan2 sekitar Masjid Haram untuk bergambar.

 

Mcm biasa malam pegi Tanaim berniat pastu balik Masjid Haram buat Umrah.

 

 

3 Disember 2007 (ISNIN)

Hari ke 18

 

 

Breakfast beli nasi goreng (2rial), Bihun Goreng (2rial), Pau (1rial), Izzati beli Nasi Kerabu (2rial)

 

Masa nak balik hotel lepas Zohor. Laluan kearah hotel semakin padat, orang dah semakin ramai. Jalan berhimpit2 sepanjang jalan. Kalau pikir logik, ikut jalan atas bukit sebelah Marwa ni mesti boleh tembus ke Masjid Kucing. Aku pun try.. A’a la... memang tembus pun. So, dpt la tau laluan kurang pengguna menuju ke hotel..

 

Waktu Maghrib baru teringat yang bihun goreng lupa nak makan... tak da rezki nak makan bihun goreng... basi dah.

 

Mcm biasa malam pegi Tanaim berniat pastu balik Masjid Haram buat Umrah, tapi hari ni Suhati dengan Kak Leha ikut sekali.

 

 

4 Disember 2007 (SELASA)

Hari ke 19

 

 

Subuh semayang dibawah tanah. Tapi still boleh nampak kaabah dari situ.

 

Pukul 9 pagi jalan sorang2 pergi sampai ke Masjid Jin tapi tak boleh masuk sebab berkunci. Pergi pulak ke Perkuburan Mala. Kat situ ziarah makam Syadatina Khadijah (Isteri Nabi). Perjalanan balik pekena kebab 2 rial.

 

Zohor dengan Asar semayang bawah tanah lagi. Balik dari Asar singgah restoran kelas orang kaya2. aku order satay 2 cucuk.. tau berapa kena bayar? Haa...12 rial !!

 

Pas Maghrib pekena Maggi Cawan.

 

Malam bagi 60rial pada Wak Derih mintak dia tolong bayarkan duit nak joint ziarah besok.

 

Mcm biasa lepastu pegi Tanaim berniat pastu balik Masjid Haram buat Umrah. Hari ni pakcik (Mansur) yang liat sangat nak semayang jemaah masjid nak ikut jugak. Alhamdulillah... dah bertaubat la kot.. bini dia pun ikut.

Hari ni dapat van yg tak berkira sangat. Kita naik 5 orang pun dia bawak jugak pergi Tanaim.

 

Hari ni memang real punya ramai manusia buat tawaf sae. Berhimpit2 melekat nak menyiapkan tawaf dangan sa’e.

 

Time nak balik hotel, singgah beli dua, pastu joint makcik2 dari Thailand makan di dataran luar Masjid Haram.

 

Sampai hotel dekat pukul 1 pagi.. Hari ni memang betul2 punya masyaAllah ana sangat penat lah....

 

 

 5 Disember 2007 (RABU)

Hari ke 20

 

 

Astarghfirullah.... apa sudah jadilaa..... terjaga masa imam tengah baca surah dah.. Bersiap kelam kabut, rasa tak dan jugak..... buat keputusan semayang dalam bilik je la subuh ni.... tu la.... semalam sibuk mengata ke Mansur, tak semayang masjid, semayang di bilik... ambik! Sekang aku lak yang buat semayang dalam bilik....... Pulak tu...Izzati pun semayang dalam bilik jugak.

 

Zohor pergi masjid awal. Asar tak balik, tunggu sampai Maghrib. Lagi sikit nak Maghrib, Izzati lak buat hal nak ke tandas. Tandas penuh sesak. Terpaksa keluar dari masjid pegi ke hotel2 yang ada jemaah haji Malaysia tumpang tandas. Pastu masuk balik masjid.

 

Isya kena semayang kat masjid Kucing sebab malam ni ada ceramah ugama di hotel berkaitan ibadah wukuf.

 

Pukul 12:30 perut lapar... bangun masak maggi.

 

6 Disember 2007 (KHAMIS)

Hari ke 21

 

 

Pas subuh bersiap2 nak berjalan sorang2 kearah Mina (tempat melontar masa buat ibadah haji). Jarak Mina dengan Mekah ni kalo dalam peta ada la 7 km. Elok nak pergi je, Weil nak ikut jugak. Korang nak tau berapa umur Weil ni.. haa..... 74 tahun ! Ikut la Weil woi...

 

Nak pergi Mina tu kena la lalu satu terowong yang jarak terowong tu 3 km. Keluar pada terowong tu sampai la satu bandar nama ‘Aziziyah’ (Ramai orang Turki dgn Indonesia kawasan tu). Dari situ ke Mina berjalan lagi 4 km baru la jumpa tempat melontar.

Masa balik kitaorg jalan kaki 4 km ke Aziziyah dari Mina tu. Pastu naik bas percuma ke Masjid Haram. Bas2 kat situ memang untuk jemaah haji yang duduk di Aziziyah berulang alek ke Masjid Haram. Kat situ bas 24 jam sentiasa bergerak.

 

Sampai hotel, flat.. tidur sampai ke Zohor.. lepas zohor, makan, pastu sambung tidur balik.

 

Lepas Asar cuci gambar kat bawah. Siap lepas Maghrib.

 

 

7 Disember 2007 (JUMAAT)

Hari ke 22

 

 

Subuh hari Jumaat hari ni. Masjid Haram tak pulak buat sujud sejadah...Mujurla aku pasang telinga. Kalo tak...mau masa roko’ tadi aku tersujud.

 

Pergi semayang Jumaat awal kali ni. Ok la sikit, boleh la menyelit-nyelit sampai masuk dalam Masjid Haram. Tapi, time nak balik... phuh! Betul2 la mencabar.... nak melangkah luas sikit pun tak boleh. Mengesot2 je berhimpit2 dgn lautan manusia.

 

Pergi semayang Asar lewat jugak hari ni.. tapi dah memang rezeki kot. Esot punya esot punya esot.. last2 boleh sampai gak ke dataran tawaf. Masih ada ruang lagi untuk aku semayang depan kaabah. View kali ni betul2 best. Dari sini semua perkara penting kat kaabah tu aku boleh tengok, Hajar Aswad, Multazam, pintu kaabah, makam Ibrahim, Hijr Ismail dan Pancur Emas. Tapi yang tak berapa bestnya kan... tempat ni pulak mengadap ke matahari.....

 

Waktu maghrib, ada la dua org makcik nak berjalan sama dgn aku dan Izzati sebab aku ada la cerita kat diaorg ni, jalan ke Masjid Haram yg aku selalu guna tak sesak mcm yg diaorg selalu guna (ikut jalan atas bukit). Tapikan, tah masa bila tah, sorang lagi makcik tu hilang terikut jalan lain..

 

Pas Isya terus chow balik hotel.

 

Turun bawah tingkat 1 pergi tengok komputer kat klinik sibuk ke tak... ok tak sibuk.. mintak tolong petugas kat situ nak cari kawan (Sazali), nak tau dia dok kat hotel mana. Punya la ek nya petugas T.Haji ni... dia kata tak boleh cari kalo tak tau nombor paspot org tu.. wey! Aku ni keje unit IT la, takyah la nak kelentong lebeh2 lak bab database ni.. aku paksa2 gak, last2 baru dia tolong. Dapat la aku tau kat mana kawan aku tu duduk, siap tau nombor bilik dia lagi...

 

 

8 Disember 2007 (SABTU)

Hari ke 23

 

 

Pagi ni aku dengan Izzati berjalan 1km lebih pergi ke Mubarak Plaza (hotel) tempat Sazali menginap. Sampai hotel terus kebilik dia. Pastu kitaorg minum2 kat cafe bawah.

 

Sazali pulak cerita yang ada kawan aku sorang lagi buat haji jugak taon ni nama Sulaiman Hj.Mat Nor (kira kawan baik aku jugak ni). Mesti kena pergi jumpa ni... Kitaorg pun minta petugas T.haji kat Mubarak ni tolong tengok2an kat mana mamat ni nginap. Cek punya cek, jumpa la nama ”Sulaiman Mat Nor”. Ambik la nama hotel dia. Pastu kita org pun tengok map terus la ke hotel dia nama Qurtuboh Barakah. Lama la jugak nak jumpa, kira2 1 km dari Mubarak. Pastu celah2 bangunan hotel lain lak tu..

Sampai kat hotel tu terus ke reception ambik nombor bilik mamat tu. Bilik 1305. Ketuk2 pintu bilik, aku pun tanya ada tak orang nama ”Sulaiman Mat Nor” kat situ. Room mate dia kata ”ada”. Aku pun cakap yg aku polis bawak saman ”Sulaiman” langgar lampu merah kat Keramat dah 3 taon tak bayar. Aleh2..... Cheh! Orang lain yang keluar. Nama dia pun memang ”Sulaiman Mat Nor” jugak.... Cheh! Malu.... malu......

 

Kol Tan kat Shah Alam tanya betul ke Chor (nama panggilan Sulaiman) buat haji taon ni.. Tan bgtau ”tak”.

 

Pastu kita org pun bergerak ke hotel aku pulak sebab Rosni (bini Sazali) nak jumpa Fauziah. Sampai hotel aku, Fauziah lak tak ada, pergi Tanaim.

 

Zohor semayang kat Masjid Kucing. Asar semayang Masjid Haram.

 

 

9 Disember 2007 (AHAD)

Hari ke 24

 

 

Phuh! Hari ni punya la rezeki. Waktu Zohor dapat semayang saf depan dekat dengan kaabah. Siap nampak imam lagi… baru la tau imam rupanya kat situ.. kat tengah2 kaabah dekat la pintu kaabah.

 

Balik dari Asar beli cincin budak2 1rial dua bentuk.

 

Maghrib semayang saf jauh kebelakang.

 

 

10 Disember 2007 (ISNIN)

Hari ke 25

 

 

Lepas breakfast, bawak Fauziah gi melawat Sazali/Rosni di Mubarak. Sambil2 ambik gambar sekitar Masjid Haram.

 

Masa nak balik ke hotel ingat nak naik teksi je.. tapi bila teksi nak caj sampai 20 rial terus tak jadi, sebab jarak dia 2km je.. tak berbaloi.. jalan kaki pun bukan nya penat mana pun.

 

Petang borak2 dengan Weil baru la tau yang dia asal dari Kg.Bantal. Aku pernah sampai kampung tu (Perkampungan melayu yang dok jauh di tengah2 hutan Pahang, perjalanan dengan bot ambik masa 9 jam dari Jerantut).

 

Pas Asar SMS ke Zaidi di Sarawak cerita hal jumpa orang Kg.Bantal kat sini. (dulu pegi Kg.Bantal sama2 dgn Zaidi).

 

Lepas Maghrib ada ceramah ugama di Masjid Kucing. Ceramah tu dwibahasa, bahasa Arab pas tu diterjemah ke bahasa Indonesia.

 

Pas Isya, Wak Kasan ni asyik la nak suruh itu ini bab tepon dia.... heeee bosan nya la... Aku tengok dia ni dok la menggodi tepon berjam2.

 

 

11 Disember 2007 (SELASA)

Hari ke 26

 

 

Lepas Zohor tadi saja la kol Ipoh, borak2 je.

 

Lepas Maghrib pergi ke Pondok Pertanyaan Kemusykilan Ibadah Haji (ada banyak pondok ni sekitar Mekah ni) nanyakan ada satu dua persoalan.

 

1.         Betul ke dalam Masjid Syaidatina Aisyah di Tanaim tu dalam dia ada garis sempadan tanah halal dgn tanah haram ? (utk berniat umrah kita mesti berniat di tanah halal, kalo tak kira tak sah umrah kita, pastu wajib bayar dam). 

J1.        Pak Sheikh tu jawab ”tak ada garis sempadan dalam masjid, niat la kat mana pun dalam masjid tu walaupun di dalam mehrab imam pun”.

 

2.         Tanya lagi tentang perbezaan fadhilat beribadat dalam Masjid Haram dengan masjid2 lain di Mekah ni.

J2.        Pak Sheikh tu jawab ”Beribadatla kat mana2 pun ditanah haram ni walaupun didalam hotel pun, fadhilat dia sama je mcm di dalam Masjid Haram.. kali je dengan 100ribu)

 

Malam ni ada rombongan baru sampai nginap hotel tempat aku duduk ni. Diaorg ni KT90. Ada jugak yg masuk kebilik aku, bilik lain tapi satu Appartment (satu Appartment ada 3 bilik). Orang2 Sabah diaorg ni... borak sampai pukul 12:30 mlm.

 

 

12 Disember 2007 (RABU)

Hari ke 27

 

 

Zohor aku masih diberi peluang semayang depan kaabah lagi. Siap boleh nampak imam lagi. Tengah2 semayang jenazah, tetiba je orang selang saf depan aku tumbang, berdentum...! kepala dia terentak ke lantai.. meleleh darah. Orang nya pengsan dah. Tiba2 baju dia jadi basah macamkan kena simbah dengan air sebaldi..Lama lepas tu baru la dia sedar. Org angkat dia ketepi.

 

Dalam perjalanan balik, ada pulak sorang makcik tu jatuh ditangga kena rempuh dengan penjaja haram yang bertempiaran lari kena kejar dgn majlis bandaran.

 

Lepas Asar beli susu sekotak bawak balik bilik, pastu buat maggi goreng.

 

Lepas Isya pergi ke Pondok Pertanyaan Kemusykilan Ibadah Haji nanyakan satu soalan.

Apa yg perlu dibuat kalo tawaf sunat kita buat tak habis, setakat 3 pusingan je.

Jawapan dia, lain kalinya kalo kita tambah lagi 4 pusingan, dapat la kita pahala tawaf sunat tu. Kalo kita tinggalkan dan tak sambung tawaf tu, sikit pun tak dapat pahala.

 

 

13 Disember 2007 (KHAMIS)

Hari ke 28

 

 

Waktu Zohor nak masuk masjid betul2 mencabar. Sementara nak nunggu zohor, ada la sorang atok tua sangat, katanya dia dari Iraq. Tiba2 je dia baca surah pada aku pastu dia tafsirkan surah tu.... apa benda la atok ni. Dia buat macam aku ni paham je bahasa arab dia tu. Aku sepatah habok pun tak paham apa yang dia nak bagitau. Aku sengeh je...konon2 paham sikit2. padahal, hancur! Bila dah dekat nak azan aku pun turun ke dataran tawaf. Cari ruang dekat2 dengan kaabah. (time zohor ni la mudah nak dapat ruang kat sini, sebab matahari mencacak atas kepala)

 

Hari ni kira hari kemuncak orang seluruh dunia dah sampai ke kota Mekah ni.

 

Lepas Asar, hotel blackout, keluar pergi jalan2. beli jubah selai, tawar punya tawar dapat la 40 rial selai. Seluar dia harga 10 rial.

 

Letrik ada balik pukul 9 malam.

 

Aiseh... ramainya la ahli bilik yg kena penyakit batuk.. so, mlm ni tidur tak ber aircond la.. adula…panas nya..

 

 

14 Disember 2007 (JUMAAT)

Hari ke 29

 

 

Hari ni pun semayang subuh takde sujud sejadah (Kalo kat Malaysia, tiap2 kali subuh Jumaat, sure nya la buat sujud sejadah).

 

Pukul 9 bersiap2 la dengan jubah baru nak pergi Masjid Haram semayang Jumaat. Keluar je pada hotel tengok2… alamak ! ramai nya la lautan manusia. Geng2 yang dah pergi tadi ramai yang terpaksa patah balik sebab Masjid Haram dah melimpah2 terkeluar manusia kena semayang merata2 luar Masjid. (Waktu Zohor harini pukul 12 :20 thari).

 

Pukul 2 petang pergi antar memory card kamera untuk cuci gambar2 tu.

 

T.Haji mula dah pesan pada jemaah Malaysia untuk semayang masjid dekat2 hotel je.. sebab hari wukuf dah dekat nak hampir.

 

Lepas Maghrib di Masjid Kucing ada ceramah ugama. Lepas Isya kat hotel pulak ada ceramah ugama dgn taklimat tentang keberangkatan ke Arafah lusa.

 

Dapat cerita, heboh jugak la di hotel kitaorg ni.. Ada sorang jemaah haji pompuan (umur 49 thn) dari KT90 yg baru sampai dua hari lepas tu datang dgn kakak dia. Laki dia baru mati. Dia tak nampak kaabah. Berdiri depan kaabah, tak nampak kaabah... balik ke hotel, mintak tolong ke ustaz T.Haji. Cerita punya cerita, kata dia, dia ada buat salah dgn mak mertua dia. T.Haji pun mintak dia kol mak mertua dia, minta maap dgn mak mertua dia tu. Sian dia. Mak mertua dia taknak maapkan dia. Ustaz pulak tolong pujuk rayu mak mertua dia tu sampai dekat 1 jam, last2 baru la mak mertua dia maapkan... itu pun bunyinya mcm terpaksa maapkan je.. Pastu ustaz mintak pompuan tu solat taubat dengan solat sunat hajat. Abis tu dia dua org tu pergi la ke kaabah.. baru la nampak kaabah tu..

 

 

 

 

15 Disember 2007 (SABTU)

Hari ke 30

 

 

Pagi sampai petang hari ni takde apa2 perkara yang boleh nak kongsi cerita. Cumanya ada la beli kain serban selai harga 10rial.

 

Malam ajak Izzati jalan2 kat luar. Pastu tengok tah apa show kat belakang hotel kitaorg duduk. Siap pangge penonton naik atas stage, pastu tanya2 soklan, sapa dapat jawab dpt hadiah.. Sambil tu mujur org yang berdiri sebelah ni orang Thailand (Pattani) yg pernah netap Mekah ni pandai berbahasa Arab. Dia lah terjemah apa yg DJ tu membebel atas stage.

 

Balik hotel pukul 9:45, singgah pejabat T.Haji. Izzati nak keluar duit 300 rial.

 

 

16 Disember 2007 (AHAD)

Hari ke 31

 

 

Zohor hari ni pergi lagi ke Masjid Haram.. Memangla org terlampau ramai. Tapi kalo dah rezeki tu... aku masih dapat lagi peluang semayang depan kaabah. Hari ni tepon bateri weak lak. Tak bawak tepon, caj di hotel. Janji la dgn Izzati. Habis Zohor nanti tunggu kat tempat simpan selipar bawah tanah tu.

 

Dok di bilik hotel jenguk ikut tingkap nampak la berduyun2 org dah mula pergi ke Arafah. Kitaorg besok baru pergi (tengahari).

 

Lepas Maghrib di Masjid Kucing ada ceramah ugama.

 

Pukul 9 mlm pergi pejabat T.Haji tanya bab hukum boleh atau tak lepas melontar Qubro (hari pertama melontar) nak terus buat tawaf iffadah. Jawapan yang diaorg bagi langsung tak releven dgn soklan. Dia cerita tawaf sekarang ni sampai bila2 org ramai sangat2 (aku pun tau mcm tu) Pastu dia cerita pengangkutan dari Mina ke Mekah lah.... cerita orang Malysia tak buat perkara macam tu la..... Ish!....ish!...... orang tanya ’HUKUM’ boleh ke tak boleh.... Sampai sudah tak berjawab soklan aku..

 

Balik ke bilik tengok geng2 sebilik sibuk ngemas beg bersiap sedia utk nak pergi Arafah besok. Aku relax je... tah la... apa sangat yg nk di bawak. Bukannya ada benda2 sangat yg nak dibawak. Dia org siap bawak air bebotol2, lampu picit mak ai.. mcm2 saiz, botol spray utk ambik wuduk, makanan2, baju dua tiga pasang. Bagi aku takada satu pun barang yang diaorg bawak tu aku bawak… buat berat beg je…

 

 

 

 

17  Disember 2007 (ISNIN)

Hari ke 32

 

 

Lepas Subuh pegi T.Haji di Zanariah, setengah km dari hotel aku. Kat sana aku tanya soklan semalam tu. Mujur la kali ni ustazah kat situ jawab jelas.

 

Jawapan dia :

Tawaf Ifadah (diMasjid Haram) boleh dibuat bila2 masa saja selepas saja melontar pada hari pertama raya haji. Tapi dengan syarat, wajib pada waktu malam kena berada di Mina dengan jumlah masa nya tidak kurang dari 6 jam pada setiap malam.

 

Masa nak balik ke hotel dari Zanariah, singgah beli makanan2 ringan untuk makan dalam bas nanti nak nuju ke Arafah.

 

Pukul 12 thari siap dah mandi sunat ihram, pakai pakaian ihram. Lepas semayang Zohor berjemaah dalam hotel buat pulak semayang sunat ihram.

 

Menunggu je pengumuman untuk turun ke bawah kalau bas dah sampai. Janji bas tu pukul 1 sampai. Takde pun. Sambil menunggu tu, pergi masuk bilik, mengaji dok atas katil. Wak Kasan pun dok baring2 dalam bilik. Jam pukul 3:45 dah. Tengah2 mengaji, tetiba je Wak Kasan kecemasan, mcm kena serangan jantung. Sebelah tubuh dia tetiba jadi lemah. Aku pun sabarkan dia, keluar bilik mintak sorang geng sebilik tengokan Wak Kasan tu, aku nak turun bawah panggilkan doktor. Lepas doktor check, doktor minta petugas Kesihatan bawak turun Wak Kasan ke Klinik. Aku ikut sekali. Ish… aku sorang je ikut… yang lain buat de’ je.. Kat klinik Bah.Kesihatan bagi rawatan kecemasan. Wak Kasan terpaksa kena hantar ke hospital. Aku pun ambik semua barang2 yang dia nak bawak pergi Arafah tu turun bawah. Pastu berkejar pulak bagitau bini dia. Kebetulan pulak masa tu bas nak berlepas ke Arafah pulak sampai. Bekejar pulak ambik beg sendiri, terpaksa tinggalkan Wak Kasan tu.

Pukul 4:20 naik bas ke Arafah (17 km dari mekah). Dalam perjalanan ke Arafah, saja kol Aqel nanya dia dah sampai ke Ipoh ke.

 

 

DI ARAFAH

 

 

Sampai Arafah 6:45 petang. Ingatkan dah Isya. Semayang la Isya jama’ tamam Maghrib. Aleh2 rupanye belum Isya lagi…Isya 7:05 mlm.

 

Aku kira nasib baik rupanya, sampai Arafah cepat. Bas2 lain sesat tah kemana2. Tengah2 malam pun ada yg baru sampai jugak. Aku tak rasa mngantuk pulak kat sini. Asyik la tolong jemaah yang baru2 sampai tu bawak pergi ke khemah2 diaorg. Org T.Haji tak nampak batang hidung tah mnyorok kat mana tah.. Org yg baru2 sampai terpinga2 nak duduk kat khemah mana.

 

Kejap2 aku dok kat luar khemah, kejap2 dok dalam khemah. Nak jadi kisahnya. Tengah dok borak2 dlm khemah. Aku rasa kaki aku sejuk. Aku pun melabuhkan kain ihram aku sampai menutup kaki. Tetiba ramai la pakcik2 tegur aku kata kaki tak boleh tutup sebab termasuk dalam pantang larang ihram (ajaran sesat la ni). Aku pun bgtau yg menutup kaki dengan kain tak berjahit tak apa. Diaorg bebal jugak. Degil! Tak percaya. So aku pun ambik jalan mudah. Aku bgtau kat pakcik2 tu mintak tunggu kejap, aku bgtau diaorg yg aku nak pergi tanya ustaz T.Haji. Aku pun keluar pd khemah. Aku sebenar tak pergi pun cari ustaz T.Haji tu. Agak2 lebih kurang dalam 15 minit. Aku masuk khemah balik bgtau diaorg yg aku dah confirm dengan ustaz, tutup kaki dgn kain ihram takpe..(bukan susah sgt dgn org tua2 ni.. kita sepelet sikit je, diam la diaorg tu) Baru la diaorg percaya.

 

Nyamok banyak nya la kat Arafah ni....

 

12 mlm tidur sekejap je... pastu terbangun pulak.

 

 

18 Disember 2007 (SELASA)

Hari ke 33

 

 

Hari ni la hari yang ditunggu2. Hari nila dipanggil ”Hari Wukuf”.

Semayang subuh kat Arafah ni takde masjid2. Kitaorg semayang jemaah kat khemah yg dikhaskan. Tapi khemah tu tak la besar mana. Terpaksa tekeluar2 khemah. Bentang la tikar sendiri2 buat lapik semayang.

Lepas Solat, ada kuliah pulak. Akhir kuliah imam tu pesan, pukul 9 kang semayang sunat dhuha ramai2.

Pukul 8:30 dah ready dah kat khemah semayang. Pukul 9 imam tak datang2 lagi, 9:30 pun tak datang2 lagi... kat nak pukul 10 baru la datang...eh!...eh!....banyak lak alasan dia... tu la ingat senang ke nak pikul tanggungjawab jadi imam ni..

 

Sebelum masuk Zohor khutbah Arafah pertama pun dibaca....  Khutbah Arafah kedua dibaca serentak dengan azan Zohor  (beriring). Lepas je semayang zohor dgn asar (jama tamam) bermula la semua jemaah berdoa. Ini la saatnya makbul segala taubat yang dipohon. Ini lah waktunya Allah menerima taubat pertama manusia (Adam dan Hawa) dan disinilah tempatnya, disinilah buminya.. Masa wukuf bermula dari waktu zohor sampaila ke waktu asar. Dalam tempoh ni la kena wat amal mcm2 yg termampu. Tak perlu berjemaah waktu beramal  time ni. Aku sorang2 cari tempat yg agak2 selesa wat semayang Tasbih. (ssshhhh.... jgn bgtau sapa2. Ni la 2nd time aku semayang tasbih seomo idup aku). Semayang tasbih ni kalo x kuat pinggang la, siap la korang. Memang lenguh giler... Bab2 lain x eran sgt. Cuma time roko’ je.... phuh! Mmg real nye lenguh...(Sapa2 yg x penah wat semayang tasbih tu, bajar2 la.. esok2 bila korang sampai kat arafah, jgn la korang pun tgolong mcm sebagian besar ahli2 dlm kemah aku (kemah org lain aku x pasti, maybe sama gak kot) yg x reti dan x tau apa tu semayang tasbih...

 

Masuk waktu Maghrib. Imam takde macam tadi jugak. Pulak tu mikrofon dgn speaker pun dah takde. Terpinga2 la jemaah pandang mandang. Orang depan merungut orang belakang tak dengar apa. Orang belakang bercakap, orang depan tak respond apa2. Last2 tetiba je tengok jemaah belah2 depan dah ber’AMIN’. Dah start semayang rupanya. Kelam kabut la jemaah yang belakang2 ni... Pulak tu semayang ni nak buat Isya sekali. Jadila ada yang semayang ikut suka2. pun ada yang form groub sendiri. Elok2 je abis semayang, keluarla sorang org T.Haji dari khemah depan sebelah sangat dengan tempat kitaorg semayang. Buat pengumuman dengan hella (kurang ajar tul... ada lak hella nya. Tadi ngaper sorok? Time beribu org nk semayang tadi, biar je terpinga2) yang bas pengangkutan untuk ke Mudzalifa akan dtg tak berapa lama lagi..

 

Jemaah mengikut kumpulan KT masing2 tunggu giliran untuk pergi ke Mudzalifa. Bayang la berapa biji bas nak mengangkut kitaorg kat sini. Satu kawasan perkhemahan ada lima KT. Satu KT ada 450 orang. So jumlah manusia di kawasan khemah kitaorg ni adala 2250 org. Itu baru satu kawasan perkhemahan. Kalau 16 kawasan khemah.......kira la sendiri....

 

Kumpulan KT aku (KT16) mula dipanggil untuk naik bas pukul 11 mlm. Aku dgn geng2 aku dapat naik bas pukul 11:45 malam.

 

 

DI MUDZALIFA

 

 

19 Disember 2007 (RABU)

Hari ke 34

 

Sampai Mudzalifa adala dalam pukul 1 pagi mcm tu.. Dari atas bas nampak lautan manusia atas padang di Mudzalifa tu punya la menggerunkan. Kitaorg ditinggalkan di Mudzalifa ni. Programnya lepas kutip batu 7 biji, pergi keseberang padang sana untuk naik bas pulak ke Mina. Bayangla mcmana nak cross padang tu nak melangkah jutaan manusia. Himpit punya himpit punya terhimpit punya tersepit punya kepit punya terkepit, last2 sampaila tempat giliran untuk berebut naik bas. Dapat naik bas dalam pukul 4 pagi. Geng2 aku tah kemana tah menghilang. Jarak Mudzalifa ke Mina tu cuma 4 km je.... tapi utk sampai ke khemah Mina ambik masa sampai 2 jam.

 

 

DI MINA

 

 

Pukul 6:00 pagi baru la kitaorg sampai ke khemah di Mina. Cepat2 masuk khemah sebab Subuh lama dah masuk nya. Masuk2 khemah sunyi sepi, orang2 lain tak sampai2 lagi. Lepas semayang subuh terus landing... Memang betul2 la yg ni org panggil ’penat giler’ ni... Pagi ni pagi raya. Aku tak nampak pun ada masjid dalam kawasan khemah ni.. lagipun ramai lagi yang tak sampai kesini. Tanya org2 yg ada, agak2 kat mana ada sapa2 buat semayang raya. Diaorg kata, di kawasan khemah ni memang tak ada org buat semayang raya......ooooooo mcm tu ke.. Semayang raya haji utk org yg tgh tak buat haji erk.. org yg tgh buat haji tak buat semayang raya haji...

Masa dekat2 nak tengahari ramai jugak la yg baru sampai dari Mudzalifa... ish! Ish! Kesiannya.. nampak muka masing2 mcm mnahan marah je... Jgn tanya...jgn tanya.... kang ada yg kena lontar dengan batu dari Mudzalifa kang....

 

Waktu tengahari ni la waktu yang paling afdal pergi melontar, tapi time ni manusia yg pergi melontar semua jenis yg ganaz2 nya. Baik la jgn lagi masa ni..

 

Ikutkan jadual T.Haji nak bawak kitaorg, katanya kul 8 mlm ni(Lepas Isya). Tapi aku nya plan lain. Aku dok ingat nk gi melontar kul 2 ptg ni. Pastu nak terus gi mekah buat tawaf/sae.

 

Pukul 2 ptg aku dgn Izzati pun slo2 bjln ke tempat melontar. Jarak tempat melontar tu katanya 3 km.. ok la tu, tak la jauh sgt.

 

Sampai kat tempat melontar, aku pun terus ke Jamratul Qubro (Aku dah tau yg mana 1 sbb sebelum hari ni kan aku dah dtg sini bjln kaki ari tu). Lepas melontar Qubro, kami terus ke Aziziyah bjln kaki. Dari situ naik van ke Masjid Haram. Singgah hotel dulu tukar baju. (Aku dah boleh bukak pakaian ihram sebab dah ‘tahallul awal’ tadi). Lepas tukar baju terus pergi Masjid Haram.

 

Memang betulla orang tgh tawaf masa ni mmg ramai sgt. Tapi tak kisah la... esok2 mungkin lebih ramai lagi.. Aku pun tawaf je la.. tengah2 tawaf baru 4 pusingan masuk waktu maghrib lak. Semayang Maghrib, terpaksa la semayang berdiri. Tak boleh nak sujud sebab saf2 terlampau rapat. Abis je semayang Maghrib terus sambung tawaf lagi 4 pusingan (Pusingan yg ke4 tadi tu x dikira sebab bahu kiri dah teraleh tak menghala ke kaabah).

 

Lepas habis tawaf pergi sa’e pulak. Habis je sa’e masuk waktu Isya (7:10 mlm). Lepas semayang Isya pergi makan kebab kat jln nak balik ke hotel. Pastu balik hotel, sunyi je hotel tak berpenghuni.... Aku berdua dgn Izzati je jadi raja dlm hotel ni..

 

Lepas mandi dan tukar baju, terus je bersiap nak balik ke Mina. Mesti kena sampai Mina pukul 11:42 malam. Kalo tak kena dam weh..... sebab tak cukup masa separuh malam berada pada waktu malam di Mina.

 

Cari van ke Mina, semua nya nak caj 50 rial sorang.... giler !!..... Ajak Izzati jln kaki. Taknak dia.... Cari nya cari, dapat la satu van tu nak 20 rial sorang. Naik je la… Jalan nak menuju ke Mina jam setengah mampus.. Kalo jln kaki lama dah sampai. Sampai BenDaud jam dah dekat pukul 11 mlm. Van tu langsung takleh nak bergerak dah. Jarak BenDaud dengan sempadan Mina adala 2 km lagi… Ahhhh……. Jalan je la…Jalan slo2 je, sampai sempadan (Sempadan tu betul2 pada Jamratul Qubro/Aqobah) dalam pukul 11 :15 minit. SELAMAT !

 

Sampai khemah, ahli2 lain bertanya mana aku menghilang. Hehehehehehe … aku dah ‘Haji’ dah lah woi….. korang belum lagi…. Respect sikit erk….. berbulu je tinga diaorg dgr.. hahahahahahaha....

 

Pukul 12:30 mlm kol mak dgn abah, bgtau aku dah samat buat tawaf dgn sae tadi.

 

 

20 Disember 2007 (KHAMIS)

Hari ke 35

 

 

Lepas Subuh semua KT16 bersiap utk pergi melontar hari pertama Tashriq. Kali ni pergi jalan kaki pergi melontar sama dengan geng2 aku. Sampai tempat melontar semua geng2 hilang kemana tah. Nampak Suhati dgn Kak Leha je.. Hari ni kena melontar tiga2 jamrat. Bermula dengan Ula(kecil) pastu Wusta(tengah) pastu last baru Qubro(besar).

 

Ingat nak pedaya Suhati dgn Kak Leha, lepas diaorg lontar Qubro, kitaorg nak sua gunting, sure diaorg lupa dan sure diaorg tahalulnya (potong rambut). Tapi gunting lak tak bawak... Tak dapat la nak penaya diaorg. Aku dgn Izzati pun buat la kerja melontar jamrat yg last tu, Qubro. Sebelum kitaorg nak berdoa, tiba2 Kak Leha dtg tanya nak pinjam gunting, dia nak tahalul gunting lupa bawak. Hahahahahahahahahahahaha..... Rupa2nya diaorg memang tak tahu yg hari Tashriq mana ada org tahalul lagi... diaorg memperdayakan diri diaorg sendiri.... hahahahahaha....

 

Lepas Asar pergi panjat bukit dengan Weil saja nak tengok permandangan khemah dari atas bukit sebelah kawasan perkhemahan ni, sambil2 tu kutip anak2 batu untur melontar besok dgn lusa.

 

 

 

21 Disember 2007 (JUMAAT)

Hari ke 36

 

Lepas Subuh, mcm semalam gak semua KT16 bersiap utk pergi melontar hari kedua Tashriq. Tengah melontar Wusta, tetiba ada sorang Pak Arab tah dtg dari mana tah mintak aku seketul batu untuk dia nak melontar wusta tu. Pelek jugak, sebab dia belum lagi melontar, aleh2 mintak batu kat aku sebiji je. (Patut kena la 7 biji, sepatutnya lagi 14 biji lagi, sebab pasni nak melontar Qubro lagi) Aku pun bagi je la... Aku bgtau kat Izzati, tah2 org tadi tu malaikat tak.......

 

Habis melontar, ingat nak mencekik la pizza kat restoran sebelah jamrat ni.. nengokkan gambar pizza tu mcm best je... sebelum nak masuk pintu restoran pizza tu, ada la sorang Pak Arab yang tengah makan pizza tu. Dia panggil aku. Dia bagi pizza dia kat aku...aku pun makan la pizza tu..... phuh! Nasib baik tak beli lagi.... hancur! Tak sedap langsung!...

 

Hari ni baru tdengar cerita rentetan peristiwa ‘POMPUAN YG TAK NAMPAK KAABAH’ dulu tu. Kisahnya, 3 ari lepas, masa kitaorg kat Mudzalifa nak datang ke Mina, kan nak naik bas tu kena bgasak jenuh, berebut nak dpt naik bas tu. Ceritanya, pompuan yg aku maksudkan tu jatuh dari bas masa bas nak bgerak. Kepala dia terantuk pd batu dan mnyedihkannya, perkara tu jadi assabab pompuan tu ilang penglihatan. Menurut sumber dari Bahagian Kesihatan Tabung Haji, doktor mngesahkan yg dia bkemungkinan besar BUTA sepanjang hayat. So ambik la iktibar pd pekara kejadian ni.. Korang2 esok2 sebelum nak wat aji kan. Masa kat Mesia lagi kena wat solat sunat TAUBAT, mintak maap la dgn semua org supaya arap2 nya x de halangan apa2 la nnt bila korang beramal kat sini ni.

 

Hari ni cuaca sejuk je.. tengahari pun sejuk gak..

 

Malam lepas Isya dok berdating dengan Izzati kat tepi jalan sebelah dengan perkhemahan Indonesia. Sekejap je sebab tak tahan cuaca semakin sejuk.

 

Balik khemah Izzati dengan geng2 dia dtg ke khemah aku, bincang mcmana nak terus berangkat balik awal ke Mekah besok. Plannya sebelum masuk waktu subuh berjalan ke jamrat. Pastu semayang Subuh di Jamrat, pastu melontar, pastu terus bergerak ke Mekah.

 

Tapi tak lama lepas tu datang balik geng2 Izzati ni tukar plan.. Balik Mekah besok ikut bas yg T.Haji sediakan. Ok la..... ikut je la...

 

 

22 Disember 2007 (SABTU)

Hari ke 37

 

 

Lepas Subuh cepat2 bersiap utk pergi melontar hari terakhir Tashriq. Pergi bawak bini Wak Kasan sekali. Pas habis melontar cepat2 balik ke khemah.

 

Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, bas tak jugak muncul2 untuk nak bawak kitaorg balik ke Mekah. Kalo ikut plan aku yang mula2 tu kan ke selamat.. Tengah2 dok nunggu bas yang tak muncul2, tiba khemah org pompuan yg kat sebelah aku ni, sorang makcik tiba2 je dlm sihat2 meninggal. (Innalillah).

 

Pukul 12 baru bas datang. Aku dgn Izzati bawak bini Wak Kasan naik Bas yg kedua. Bas yg pertama petugas2 T.Haji yg ek-ek tu naik bawak jemaah haji yang uzur2. Sepatutnya aku tak boleh naik lagi bas ni sebab yang ni untuk KT6 dulu. Tapi atas sebab2 nak kejar waktu melawat di hospital nak melawat Wak Kasan, aku dibagi periority naik dulu... Jalan punyala sesak nya.... tutup sana – tutup sini... haiiiya, susahla ini mcm. Sampai hotel pukul 2:15ptg. Kat hotel tak ramai org lagi... Izzati dok je kat bilik aku. Nak pergi hospital, org2 T.Haji sorang pun tak nampak batang hidung.

 

Petang pegi cuci gambar pastu dok dilobi hotel, tunggu geng2 yg dari Mina tak muncul2 lagi.. Bas diaorg semua sesat, tak jumpa jalan sebab jalan banyak yg ditutup.

 

Weil dgn geng2 lain sampai hotel pukul 9 mlm. Tapi lebih malang lagi bas yg pertama yg bawak petugas2 T.Haji yg ek-ek tu dgn org2 tua yg uzur2 sampai ke hotel pukul 10mlm lebih. Pastu pergi ambik gambar yang dicuci.

 

 

23 Disember 2007 (AHAD)

Hari ke 38

 

Pas Asar, Wak Indon tolong tahan teksi bagtau teksi tu hantar aku, izzati dgn bini Wak Kasan ke Hospital Arab di Shisha. Sampai kat hospital tu, check nama Wak Kasan takde. Mujur ada doktor Malaysia kebetulan kat situ. Dia mintak pemandu dia hantar kitaorg ke Hospital Malaysia di Syisha ni. Sampai hospital tu check nama Wak Kasan takde jugak. Pastu, diaorg hantar pulak ke Hospital Malaysia kat Aziziyah. Arrrr... kat sini baru ada..

 

Balik hotel dekat nak Maghrib dah. Sampai hotel orang dah habis semayang Maghrib. Izzati tak heranla sebab dia period start

 

Pas Isya pergi makan nasi Buhari dgn Izzati. (9 rial kongsi berdua)

 

 

24 Disember 2007 (ISNIN)

Hari ke 39

 

 

Lepas Subuh ajak Izzati breakfast kat Restoran Istambul. Makan tah apa2 benda tah..(15rial). Pastu pergi membotakan kepala (5 rial)

 

Pukul 10 pagi keluar lagi dgn Izzati pergi Masjid Jin tangkap gambar. Pastu pergi Perkuburan Maala ziarah makam Khadijah dari luar je la. Izzati beli jubah hitam 40 rial, beli kain serban untuk ayah.

Lunch kat restoran indonesia. Zohor terlewat nak solat jemaah. Semayang kat Masjid Jin masa orang sudah dah selesai semayang jemaah. Apela masjid ni. Tempat ambik wudu’ pun takde. Terpaksa la beli sebotol air mineral buat utk ambik wudu’. Selesai semayang ternampak orang berlari bawak jenazah dari Masjid Haram nak menuju ke Perkuburan Ma’la. Aku suruh Izzati tunggu luar aku nak ikut diaorg kebumi jenazah tu, nak tengok mcmana diaorg kebumi jenazah. Ish! Senangnya kebumi, letak je mayat tu dalam lubang kubur tu (dinding lubang tu batu-bata). Pastu mengiringkan je mayat menghala ke kiblat bersandarkan dinding lubang kubur tu. Pastu tutup je kubur tu dgn penutup mcm penutup longkang yg dibuat dengan simen. Tu je.... tak kambus pun dgn tanah...

 

Pas Isya beli tasbih berdozen2. balik hotel tengok Wak Kasan dah boleh keluar hospital dah.. dah sihat la tu kot..

 

 

25 Disember 2007 (SELASA)

Hari ke 40

 

 

Pukul 9:30 ajak Izzati gi jln2 ke Aziziyah naik bas percuma dari Masjid Haram. Kat stesen bas ada pulak org sedekah kotak2 makanan ringan satu lori kontena. Aku dgn Izzati pun dgn muka tak malunya, berbaris jugak la ambik kotak sedekah tu..

 

Kat Aziziyah jln2 je sambil bergambar.

 

Pas Asar kol Ipoh tanya kabar budak2.

 

Pas Isya ada ceramah kat hotel bab Tawah Wida’

 

Abis ceramah mintak Izzati sapu minyak dhob belakang badan sebab rasa lenguh2.

 

 

26 Disember 2007 (RABU)

Hari ke 41

 

 

Subuh hari ni bila nengok kaabah rasa sayu la pulak sampai ngale air mata sebab tetiba je rasa tak lama lagi dah nak kena tinggalkan suasana seronok ni.

 

Tengah jalan nak balik hotel beli kepiah budak2 dengan barang2 cenderamata utk bawak balik Malaysia nanti.

 

Pas breakfast beli lagi kepiah banyak2

 

Pukul 8:30 mlm pergi beli cincin untuk abah (cincin perak batu delima). Beli jugak cincin2 untuk Hishae dgn yg lain2.

 

 

27 Disember 2007 (KHAMIS)

Hari ke 42

 

 

Pagi ni dah janji dgn Fauziah nak jln2 bergambar pukul 7 pagi. Pukul 7:30 dia tak siap2 lagi.. aku dgn Izzati pun tinggalkan dia. SMS Sazali janji di Masjid Haram untuk bergambar sama2.

 

Lepas bergambar, pergi pasar Ghazzah beli kurma nabi dgn kacang yg nak dibawak balik ke Malaysia.

 

Lepas Zohor pergi lepak kat hotel sebelah Al-Ghazzah. Hotel nama apa tak tau.

 

Lepas Isya kemas barang2 sebab besok dah nak berangkat ke Jeddah.

 

Pukul 9 mlm Izzati datang nak tunjuk buku bab hukum2 dalam amalan.

 

 

28 Disember 2007 (JUMAAT)

Hari ke 43

 

ALHAMDULILLAH...... Hari ni aku dah berjaya KHATAM QURAN ! Kebetulan pulak hari ni hari terakhir aku kat kota Mekah ni. Aku pun buat sujud syukur sebab selamat menghabiskan 30 juzuk Al-Quran di Tanah Haram.

 

Celebrate dgn  Izzati breakfast kat Hotel sebelah Al-Ghazzah, hotel yg semalam kitaorg lepak tu.

 

Last Jumaat ni aku tak kira, aku masuk Masjid Haram tak kira dah ramai ke tak orang aku terus je berimpit2 sampai la aku kat depan kaabah. Aku dok bertentang dgn imam baca khutbah.

 

Balik hotel, bukak tali penyidai yang aku pasang dulu kat tangga kecemasan untuk nak buat ikat beg. Bertungkus lumus jugak aku mengikat beg.

 

Asar semayang pakai tshirt dengan seluar je sebab yang lain2 pakaian dah kena simpan dlm beg yang dah diikat.

 

Beg yang dah siap kena kumpulkan kat tingkat 3. Sian pakcik2, mana la diaorg larat nak angkat beg2 diaorg tu.. aku tolong mana2 pakcik yg aku nampak uzur2 tu.

 

Lepas Isya dinner last di kota Mekah dgn Izzati di Restoran Istambul. Makan set Nasi beriani, lauk ayam setengah ekor, french fried, coleslaw dgn roti arab yg besar tu 2 keping..... semua nya 32 rial.... Phuh! Memang real punya kenyang... habis semua!

 

Balik Hotel tidur kejap, pukul 11 bangun siap2 pergi Masjid Haram nak buat Tawaf Wida’. Lepas buat tawaf Wida’, bila pandang je kaabah memang tak kan sapa pun boleh tahan air mata diaorg, sure nya la meleleh2. Kirala, kali ni nya tengok kaabah memang betul2 MACAM (macam je... harap2 dapat tengok lagi lepas ni) tengok kaabah untuk kali yg terakhir. Maunya boleh tahan sebak korang..

 

Pukul 1 pagi balik ke hotel. Nampak bas dah berderet2 depan hotel nak mengangkut kitaorg ke Jeddah.

 

 

DI JEDDAH

 

 

29 Disember 2007 (SABTU)

Hari ke 44

 

Bas (11 biji semanya) mula bergerak ke Jeddah pukul 3:15 pagi. Selamat tinggal kota Mekah. Jarak Mekah ke Jedah cuma 75km je. Patut2 boleh sampai Jeddah tak sampai 1 jam. Tapikan sampai kat sempada nak keluar Mekah, ada la check point tah jabatan apa tak tau (Imigresen kot) tahan rombongan kitaorg lama sangat. Tak tau la pasal apa. Adala setengah jam lebih. Pas tu baru dia lepaskan. Ada yang tak kena kot.

Jalan lebuhraya ok.. sikit pun tak sesak. Sampai Jeddah, semua pemandu bas merapu. Tak tau nak hala ke mana. Pusing2 Jeddah dekat nak 2 jam, tak jumpa cari jalan. Yang peliknya takde lak nak berenti bertanya sapa2 ke. 1 biji bas dah bosan ikut kepala bas. Pergi cari jalan sendiri. 10 biji bas lagi termasuk bas yg aku naik dok bengong mcm tu la.. last2 dia bawak kita org pergi ke Airport terus. Sampai kat airport tu dia tak bagi sapa2 turun.. tapi aku bgtau dreba tu yg aku dah tak tertahan nak terkencing sgt. (sebenar aku nak semayang subuh, masuk waktu dah ni. Tak tau pukul berapa boleh sampai. Kot nanti sampai, subuh habis ke) Balik ke bas, dreba bising2, dia kata nak bergerak dah. Tapi bila aku masuk bas, setengah jam tak bergerak2 lagi. Pergi lak ke terminal lain kat airport tu jugak, dia nak cari org T.Haji. sorang pun takde. Sampai la ke pukul 8 pagi, baru la ternampak kelibat org T.Haji di airport ni. Kita org pun mula bergerak balik. Rupa2nya nak mencari asrama penginapan T.Haji kat Jeddah ni..(Bekas Penjara Jeddah).. Ish.. tu pun payah. Tanya la org2 kat sini, mustahahahahil tak tau.. Bodohnya dreba bengong. Pukul 9pagi baru sampai. Sian pakcik2 yg semuanya tak semayang subuh lagi.

 

Rehat2 sekejap, betulkan pinggang. Pastu turun bawah balik sebab nak timbang beg. Beg mesti tak boleh lebih pada 35 kg. Kalo lebih, diaorg nanti caj 20rial sekilo. (katanya). Mula2 ambik kopun dulu (Prosedur nak menimbang ni). Pastu baru bawak beg pergi timbang dan terus check-in la maksudnya tu. Akunya beg dgn Izzati memang la tak lebih 35 kg pun. Tapi kan ada gak pakcik makcik lain yg berat beg diaorg lebih pada tu (lebih yang melampau lak tu) tapi tak kena caj pun...... ni yg nyesal tak beli barang byk2 ni...hehehehehe..

 

Lepas Isya tidur, lena la jugak. Pukul 1 pagi dah kena bangun. Bersiap untuk ke Airport.

 

 

30 Disember 2007 (AHAD)

Hari ke 45

 

 

Sampai airport pukul 3 pagi. Lepak je atas karpet yg disedia kan untuk org nak baring2. Pukul 4 :30 pagi dah kena gi baris untuk scan badan. Berbaris punya la lama tak bergerak2 sampai la masuk waktu subuh.. Keluar pada barisan, joint tah mana group yg tgh semayang tepi jalan kat dgn tempat kitaorg berbaris. Pukul 6 baru la start scan badan sorang2.. punya la slo nya.. Patut2 flight kitaorg berlepas pukul 7 pagi ni.. tapi sebabkan lembabnya petugas airport buat kerja, semua jadi lambat. Lepas scan ambik nombor sit.. tengok nombor sit aku dgn Izzati berpisah tempat duduk, jauh2 pulak tu... tak boleh jadi ni.. tengok org lain punya pulak. Mcm tu jugak. Cheh! Ni mengarut ni... semua org berpecah laki bini. Kitaorg pun pakat ramai2 utk tak ikut nombor sit yang diaorg bagi. Ikut la duduk mana2 yg dapat. Ramai la yg setuju.

 

Pukul 9 pagi baru la naik pesawat. Bersuara jugak la dgn petugas dlm pesawat tu bab kitaorg tak boleh nak ikut nombor sit yg Arab Saudi bagi. Diaorg pun setuju. Apalagi…. Aku dgn Izzati pun terus laju ke bahagian Kelas Pertama dalam pesawat tu… Bergaya ……dok dalam kelas pertama !

 

Pukul 10 pagi pesawat baru la nak berlepas. 9 jam la pulak dok dalam ni… Tapi takpe.. Kelas Pertama kan….

 

Sampai KLIA pukul 12 tgh malam.